Subscribe

Warga Malaysia Riyadh,Saudi Arabia

Sabtu, 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Di Arab Saudi

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Riyadh-Insyaallah pada malam ini kita akan dapat melihat satu lagi bukti kekuasaan Allah Ta’ala yang luar biasa dan jarang-jarang berlaku iaitu gerhana bulan.Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat dilihat bermula terbenamnya matahari pada pukul 5.06pm berlarutan selama 50 minit.


Sumber : Al-Jazirah

Kepada rakyat Malaysia yang tinggal di arab Saudi,bolehlah menunaikan solat sunat gerhana bulan selapas magrib mengikut waktu tempatan Riyadh dan kawasan yang sama waktu dengannya.

Beberapa hadis Rasulullah s.a.w tentang gerhana:

1-Daripada Mughirah bin Syukbah berkata; “Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi tatkala kematian Ibrahim (anak Nabi) maka Nabi bersabda ((sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda diantara tanda-tanda kebesaran Allah, gerhana matahari dan bulan tidak berlaku dengan sebab kematian seseorang dan bukan juga kerana kehidupannya. Jika kamu melihat gerhana maka berdoalah kepada Allah dan solatlah sehingga selesai gerhana tersebut).(Sohih Muslim)

2-Daripada Abdul Rahman bin Samurah berkata; “Tatkala aku sedang memanah pada zaman Rasulullah masih hidup tiba-tiba matahari tertutup (gerhana) maka akupun meninggalkan panahku. Lantas aku berkata sesungguhnya aku mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh Nabi pada hari gerhana tersebut. Maka akupun pergi menemuinya dan baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, bertakbir, bertahmid dan bertahlil sehinggalah matahari terang semula. Maka Nabi membaca 2 surah dan melakukan 2 rukuk.(Sohih Muslim)

3-Daripada Abu Musa berkata; “Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi, lantas baginda segera bangun khawatir berlaku hari Kiamat sehinggalah baginda sampai di masjid. Baginda solat dengan berdiri, rukuk dan sujud begitu lama yang aku tidak pernah lihat dalam solat baginda sebelumnya. Kemudian Nabi bersabda; ((Sesungguhnya tanda-tanda kebesaran Allah ini diutus bukan kerana kematian seseorang dan bukan kerana kehidupan seseorang akan tetapi Allah mahu menggerunkan hambanya. Apabila kamu melihat ianya berlaku maka bersegeralah kamu semua mengingati Allah, berdoa dan memohon keampunanNYA)).(Sohih Muslim)

Apakah yang sewajarnya dilakukan apabila berlaku gerhana?

Sila rujuk di Yeop Madiny

Marilah sama-sama kita menunaikan solat sunat gerhana bulan yang akan didirikan di masjid yang berhampiran dengan rumah anda.Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa dan memohon keampunan sebanyak mungkin.Insyaallah ganjaran yang luar biasa akan dikurniaakan kepada hamba-hambaNya yang berusaha untuk sujud,rukuk dan merendah diri mengagungkan kekuasaan Allah Ta’ala..

Kredit Untuk : Mohamad Azhar [Dot] Com

0 ulasan:

Catat Ulasan